Saturday 3 December 2011

i- Tabarruj

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedikit perkongsian mengenai TABARRUJ..ada segelintir yg biasa mendengar perkataan ini dan ada yang x pernah dengar langsung perkataan ini, dan ada juga yang pernah dengar tp x rasa nk ambil tahu pun tentangnya. . .
Di sini saya akan ulas serba sedikit mengenai tabarruj, andai ada kesilapan silakan tegur dan betulkan. .

Tabarruj----adalh wanita yg mempamerkan keindahan dan perhiasannya kpd lelaki.
Tabarrajatil mar'ah----wanita yg menampakkan kecantikannya, lehernya, dan wajahnya.
~senang kata, tabarruj ni adalah wanita yg menampakkan perhiasannya kpd lelaki utk membangkitkan nafsu lelaki tersebut. . 


tabarruj dr segi syariat pula, setiap perhiasan/kecantikan yg ditujukan wanita kpd orang2 yg bukan muhrim..
orang yang memakai proper(tutup aurat) pun,apabila warna-warnanya menjolok/terlalu menonjol dan ditujukan untuk dinikmati orang lain juga adalah TABARRUJ !!

"Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu dan janganlah kamu BERHIAS dan berTINGKAH LAKU seperti orang-orang jahiliyah dahulu, dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."
(QS Al-Ahzab, 33 : 33)


Dah jelas, terang dan nyata dalam ayat2 cinta Allah ini yang melarang wanita2 utk tabarruj bila dperintah menetap di rumah. tapi, kalau ada sebarang keperluan,diharuskan keluar,tetapi bukannya keluar untuk buat free show pada lelaki @ mempertontonkan keindahan dan kecantikannya kepada lelaki yg bukan muhrim. . .
Allah jugak larang tabarruj seperti tabarrujnya orang-orang jahiliyah terdahulu.

Tabarruj jahiliyah terdahulu ini ada beberapa maksud :-
Mujahid berkata "wanita dahulu keluar dan berada di antara para lelaki, inilah maksud tabarruj jahiliyah terdahulu."
Qatadah berkata "wanita dahulu kalau berjalan BERLENGGOK-LENGGOK genit. ALlah melarang hal ini."

Dalam GPS(Al-Quran) dah ada panduan dan arahan utk wanita bagaimana seharusnya mereka bersikap, bersuara, dan bergaul dengan lawan jenisnya. . .

" Hai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk(melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik."
(QS Al-Ahzab, 33 : 32)

Dalam ayat ni yg paling saya nak tekankan adalah MELUNAKKAN/MELEMBUTKAN SUARA masa bercakap dengan lelaki bukan muhrim. Situasi ini selalu sangat kita jumpa di mana2 pun, kadang2 diri kita sendiri pun tanpa sedar atau x pernah buat kesilapan ini..Na'udzubillah...

Yes, pasti akan ada yang cakap "habis tu,xkn nk  ckp kuat2 dgn laki?!"  "xkan nk muka masam je bila cakap dengan laki?!"   "kang,nampak macam nak gaduh plak."   "nanti susahla kalau ada discussion,jadi mcm berdebat la plak."   "kalo mcm tu baik xyah cakap langsung."  dan macam2 lagi persoalan dan ayat tidak puas hati yg akan timbul.

Solusinya di sini :-
  • bercakaplah dengan lelaki bila perlu sahaja.
  • jangan melenggok-lenggokkan@memanjakan@menggedikkan suara di depan lelaki even masa cakap dengan kawan perempuan pun yg rasa2 lelaki di sekitar boleh dengar suara tu.
  • bercakap dengan tegas, dan x menyimpang ke tempat lain..contohnya : group discussion,bincang tentang sains pemakanan,tiba-tiba saling bertukar cerita mengenai makanan kegemaran > restoran kegemaran > tempat tinggal > no telefon > rancang makan sama-sama 1 group > minat kt salah seorg ahli group > mesej2 > > > > > > >dan faham2 lah sendiri flow seterusnya dan ending nya mcm mana. . .
  • x pe,jgn takut kaum lelaki nak cakap ape kat kita,sombong ke ape ke,yang penting kita dah jaga apa yg perlu kita jaga..
  • JANGAN HIRAUKAN APA ORANG NAK KATA, YANG PENTING KITA BUAT APA YANG ALLAH SURUH !! perintah dan penilaian Allah tu tersangat paling penting sekali daripada kata2/penilaian orang lain. . .

Bahaya tabarruj :
  • maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya
  • termasuk dosa besar
  • mendatangkan laknat

Rasulullah saw bersabda, "Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang tidak mahu." sahabat bertanya, " Ya Rasulullah, siapakah yang tidak mahu?" Rasulullah saw menjawab, "Barangsiapa taat kepadaku akan masuk syurga dan barangsiapa bermaksiat kepadaku, ia orang yang tidak mahu."
(HR Bukhari)

"Aku membaiatmu agar kamu tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anakmu, tidak melakukan kebohongan dari hadapanmu(kerana perbuatan lisan dan kemaluan), tidak meratapi (orang mati), dan TIDAK TABARRUJ dengan tabarruj jahiliyah pertama."
(HR Bukhari)

Tengokla, bagaimana Rasulullah saw boleh kaitkan antara tabarruj dgn dosa2 besar spt syirik, mencuri, dan berzina. . .Na'udzubillahiminzalik. . .moga kita terlindung daripada melakukan perkara2 yang tidak baik. . .

! ! bahaya tabarruj ! !

No comments:

Post a Comment