Friday 9 December 2011

5 tips cemerlang daripada Al-Quran~

In The Name Of Allah
The Most Gracious The Most Merciful


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..segala puji bagi Allah yg masih lagi memberi masa untuk saya mencoret lagi di sini..Ya Allah,kau tetapkanlah hati ini supaya istiqamah dalam menyebarkan agamaMu..

Entry kali ni,nak share ckit intipati pengisian yang saya dapat di satu program remaja-JIRIM(Jambori Remaja Muslim Nasional)..


5 Tips Cemerlang Daripada Al-Quran

1.  Keyakinan, kepercayaan dan keimanan kpd Allah SWT

 " Sesunggunya berjayalah orang-orang yang beriman." (QS 23 : 1)

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah dlm ayat yg sama. Jadi imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yg disebutkan dibawah..


2.  Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

" iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (QS 23 : 2)

Lakukan satu-satu perkara dalam satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan sesuatu dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

3.  Prioriti : Mengutamakan apa yang utama

" dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha(perbuatan dan perkara yg sia-sia)." (QS 23 : 3)

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yg penuh tekanan, kita akan cenderung untuk berehat n release tension dengan hiburan, spt main game, tengok movies dan seumpanya sehinggakan lebih daripada masa rehat yg diperuntukkan, sampaikan kita terlupa, cara apa yg sebaiknya kita lakukan untuk release tension dan tenangkan hati yg gundah gulana tu.

"..Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (QS 13 : 28)

Lebih baik lagi, masa rehat tu dimanfaatkan dengan mengambil wudhu', melakukan solat sunat dan baca Al-Quran. InsyaAllah apabial kita lebih rapat dgn Allah, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalm usaha kita mengulang kaji pelajaran. Jangan mengumpat guru atau sesiapapun !!
Selain itu, kita boleh bersenam utk lancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi.

4.  Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." (QS 23 : 4)

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yg lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepasdan lain-lain..You know, sharing is caring, caring is loving..^_^

5.  Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka sesnugguhnya mereka tidak tercela. Tetapi barangsiapa mencari di balik itu(zina dsb), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." (QS 23 : 5,6,7)

Janganlah kita menggunakan alasan STUDY untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, contohnya dgn study berdua-duaan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tension je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan yg opposite gender..tapi, klo nak gayut dengan bestfriend yg same gender sangat2lah dialu2kan..tapi INGAT, bukan gayut utk bergosip dan sebagainya yg lagha,tapi gayut lah untuk menaikkan balik semangat kita n saling menasihati.

Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong kita jika kita mencari dan meminta pada-Nya..Innallahama'ana~

No comments:

Post a Comment