Saturday 10 December 2011

Di sini ia bermula~

In The Name Of Allah
The Most Gracious The Most Merciful

Seperti biasa, tibanya cuti sekolah aq,adik n mak akan balik kampung..balik kedah. Inilah masa yg ditunggu-tunggu setiap tahun..iaitu CUTI SEKOLAH..he9..balik kedah bkan tlong tok sgt pun, tapi sbab nk ronda2 kampung n jumpa sepupu sepapat yg 1 kepala masa tu..Nabilah n Zatiey..tapi masa tu diorang slalu balik kmpung lmbat..jadi,den pn berkepala lah dgn sepupu2 yg pangkat adik2 ni..boleh la,main tenten,main batu sremban, main futsal kt luar..

Masa kami balik kampung, makteh(mak Nabilah n Zatiey) n adek2 mereka dah ada kt kampung, tapi Nabilah x balik lagi, Makteh kata Nabilah nak pegi Camping lpas habis SPM, ok,xpalah,tunggulah dia balik..keesokan harinya, mak gerak, awal pagi plak tu.huhu..mak tanya, "Dayah nak pegi x camping yg Nabilah pegi tu? Makteh ajak."..disebabkan memang aq ni jiwa mengembara n suka berjalan,aq pn ikot ja lah..x tau pun camping tu macam mana,asal dapat bejalan dah la..


Kesekon hari, kami (aq, Zatiey n Salimah adik Nabilah) pun berangkatlah ke Perak. Kalau x silap, kami pi umah Makteh dulu,kt kuale..lpas tu aq n Salimah g kt Nabilah, x pasti proses perjalanannya macam mana, yg ingatnya, kami berkumpul bersama-sama di umah tok k.anis kawan sekolah Nabilah. Nabilah n beberapa orang adik beradik dia memang alim ckit, jadi waktu tu x rasa apa2 yg lain la, budak2 lagi masa tu..depa memang slalu pakai tudung besaq2(maaf,speaking kedah di umah)..kat umah tok pun depa pakai tudung kadang2..pelik2..k.anis pun pakai tudung besaq gak..peristiwa yg masih ingat lagi kat umah tok k.anis tu,waktu pagi kami sarapan,kt luar ada orang bakar sst,bakar sampah kot,sbb bau sampai dlm umah..tudung pun dah ada bau asap ckit,huhu..kt umah k.anis kena pakai tudung, tapi klo kt umah kawan aq, manada pakai tudung, pakai mcm besa ja..jahil lg masa tu..

Kami berempat pun bertolak ke camping, b4 kluar umah, Nabilah bagi stokin,dia kata nak pi camp ni kena pakai stokin.aq pun pkai la..k.dayah akak USM penang bawak kami ke camp,di Bukit Panchor, Nibong Tebal..

Di Sinilah ia Bermula......

Setibanya kami di camp site tu, aq terpana seketika melihat semua peserta yg jauh berbeza ibarat langit dan bumi dgn aq..majoriti appearance nya macam Nabilah n k.anis..terasa sangat2 malu dengan kedhaifan diri waktu tu..aq pun terus pin tudung ke bawah,sblom tu slempang ja tudung, nasib bek dah pakai stokin..terima kasih Nabilah..huhu.

Kami disambut dengan akak2 fasi yg comel2 n baik2 belaka..sembang2 macam dah lama kenal..SERONOK ! . . .  dan, bermulalah program Summer Camp '07 yang bernama Kem 3R (riang ria rimba..mcm tiru riang ria raya jer..huhu)

Dipendekkan cerita, ada satu slot yang tajuknya 'Kepentingan Tarbiyah', sebelum start slot ni, aq, Salimah n ada sorang lagi peserta yg berumur 12 tahun dikecualikan drpd slot tersebut,katanya pengisian tu x sesuai utk kami sbb kami ni freshie/kecik lg waktu tu..aq 16thn, Salimah 13thn, n ain(bukan nama sbenar) 12 thn..kami ditarik oleh k.ayin..n kami mulakan slot bersama,slot lain la tapi..k.ayin buat kuiz kt kami bertiga, dan satu fenomena yg tidak disangka2 telah berlaku..SUBHANALLAH,memang slot ni sgt terkesan buat diri ini yg agk jahil waktu tu..

ALHAMDULILLAH..pengalaman aq di camp ni la yg byk membuat aq berubah..slot yg paling terkesan adalah muhasabah n explorace..selain itu, aq sangat tersentuh dengan layanan yg diberikan akak2 fasi..dayah sayang antunna kerana Allah !! ukhuwah kami tidak berhenti setakat itu sahaja..aq slalu di contact oleh akak2 fasi, aq juga byk contact ngn diorg, x lupa juga dgn peserta lain..

ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH....aq di antara insan yang dipilih oleh ALLAH untuk menerima nikmat TARBIYAH dan ukhuwah ini..Terima kasih Ya Rahman..walau sejahat manapun hambamu itu,Kau tetap memberi kasih sayang dan nikmatMu kepada mereka, tanpa putus2..nikmat ukhuwah inilah yang masih menguatkan diri aq untuk terus menerus berubah, walaupun x slalu jumpa..inilah bezanya antara ukhuwahfillah dengan hanya kawan biasa sahaja...ayat fevret :

"Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang(dalam hati mereka). "
(QS Maryam, 19 : 96)

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Angannya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Dedicated to akak2 fasi n peserta Summer Camp '07 3R anjuran Istimrar Ent.
especially k.ayin,k.izyati,k.saliha,k.fiza,k.dayah,k.dayah2,k.iqa,k.aya,k.rika,k.dini,k.anis,nabilah,k.faezah,dll.

2 comments: