Wednesday 30 November 2011

ahlan wasahlan !!!

In The Name Of Allah
The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum wbt..AHLAN WASAHLAN saya ucapkan kepada semua...^_^
Untuk pengetahuan, saya bukanlah seorang yang berjiwa sastera atau suka menulis atau suka bercerita, tetapi oleh kerana memikirkan kondisi umat (especially remaja/teenager/syabab) yang semakin merungsing ini, saya gagahkan juga diri ini untuk berjinak-jinak dengan penulisan2 ilmiah yang lebih kepada sharing sebenarnya..jadi, terimalah daku seadanya...



Wujudnya blog ini adalah untuk berkongsi ilmu supaya ilmu yang sedikit ini tidak menjadi semakin sedikit kerana tidak dikeluarkan dan dikongsi dengan orang lain. Teringat satu cerita yang menarik yang sampai sekarang diri ini masih terkesan dgn cerita ini dan tersemat di sanubari....bukan cerita sgt la,cuma satu analogi je kot..ada cawan kosong yang diisi dgn air sedikit demi sedikit sehingga penuh,dan diisi lagi dan diisi lagi sehingga mencurah-curah ke ladang gandum(tambahan je), dan x tahu smpai bila ia akn berkeadaan begitu..x ke membazir namanya tu,dah penuh diisi lagi dengan air..membazir,,membazir..lepas tu............

saya tinggalkan cerita@analogi ini setakat di sini sahaja,untuk anti/anta/antunna/antum fikirkan ibrahnya atau pengajarannya di sini..dan apa yg boleh dikaitkan dgn dunia realiti kita..sila komen utk share pendapat anda ttg cerita ini dgn org lain..insyaAllah banyak ganjarannya berkongsi ilmu dengan orang lain..

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah saw :
 " orang yang paling baik itu ialah orang yang berilmu. Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manfaat bagi orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (tidak menyusahkan orang lain) ".
(HR Razain)


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw : " sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain ".
(HR Bukhari dan Tirmizi)
..cawan yang diisi dan diisi dgn air..


5 comments:

  1. lalu, jadilah coco crunch! :) hehe..

    salam alaik.

    ibrah dari cerita tu... mungkin, apa yang saya faham sedikit la, bila air tu mencurah2 ke ladang gadum, maknanya, air tu akan menyuburkan ladang gandum tu kan? maknanya, macam bila kita gain something, let what we gain can be beneficial to others too. (hehe, ye ke? boleh terima ke ni?). or, maybe, kita share something yang kita collect. contohnya macam kita timba ilmu, then, kita share ilmu yang kita ada tu dengan orang lain untuk kebaikan bersama insyaAllah. tu pendapat saya je la. xtau nak susun ayat jadi macam mana...x_X

    ikan! :)

    ReplyDelete
  2. salam alaik~
    yep,lain orang lain pendapatnya,,huhu..air biasa,mane nk jadi coco crunch kn..bagus pendapat anti,pendapat dari sisi yg lain,boleh variety kn pendapat di sini..boleh diterima =)
    nanti akn sampai masanya,ana berikan cerita@analogi yg mengikut pendapat ana..

    salam ukhuwah..^^

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    kalau mengikut pendapat ana,
    cawan itu ibarat diri kita dan air itu ilmu yang diambil dan dicari..
    tapi sekiranya ilmu itu kita cari tapi kita tak keluarkan maksudnya satu kerugian lah yang melanda diri kita..
    macam mana nak keluarkan ilmu????
    kongsi dengan orang lain,
    kongsi melalui teknologi (FB, blog, Twetter dll)
    n yang paling penting kita kena keluarkan ilmu itu melalui amal kita dan itu lebih menguntungkan...
    so bila ada ilmu itu keluarkanlah melalui mana-mana cabang sekalipun...

    ReplyDelete
  4. huhu setuju dengan mubsyirah..ok lah semoga cekodok terus istiqamah dalam meyampaikan ilmu melalui penulisan ye..

    ReplyDelete